Monday, February 27, 2017

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM


Assalamualaikum,

Tahukah kita tentang Orang Pertama Dalam islam?? Unni berikan sedikit perkongsian yang Unni perolehi dari seorang sahabat Unni.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13.  Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17.  Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18.  Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21.  Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29.  Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Wallahualam

Moga bermanfaat

Coretan Hati

Sunday, February 26, 2017

Aku Dan Tudung Labuh


Part 1 : Kisah Tentang Aku

Aku Dan Tudung Labuh



Dulu,
Sebelum bertudung labuh,
aku juga seperti kamu,
yang dulunya hanya gadis tak hiraukan aurat.

Dimana,
tudung SINGKAT menjadi pilihan,
memperlihatkan lengan tanpa rasa malu,
auratku tak penah ku hiraukan,
maruah wanita ku tolak ketepi.

Sampai satu saat,
Allah mengujiku kerana,
Allah cinta padaku,
Allah rindu padaku.

Menghadirkan sebuah cinta dunia,
aku hanyut dengan cinta manusia,
aku leka dengan dunia,
aku lupa akan kehadiran Allah.

Sampai satu saat,
Allah menarik cinta itu,
Allah perlihatkan kekuasaaNya.

Ya Allah,
sungguh aku takut,
sungguh aku lemah,
sungguh aku hina.

Kerana,
cinta akan pujian manusia,
cinta akan dunia sementara,
cinta akan benda yang tak pasti.

Aku berfikir,
Allah sayang padaku,
Rasulullah berjuang demi wanita,
senhingga wanita di jadikan perhiasan dunia,
menjadika wanita bidadari di syurga.

Tapi,
apa balasan yang ku balas pada sang Pencipta?
apa tanda aku berterima kasih pada Rasulullah?
sedangkan syurga yang ku dambakan.

Allahu .. KEJAM nya aku Ya Allah!!

Disitulah bermulanya HIJRAHku,
tudung labuh menjadi pilihan ku,
handsock dan stoking ku sarungkan,
majlis ilmu ku dekati,
bukan pengukur kehebatan diriku.

Aku cuma,
ingin melindungi auratku dari mata sang ajnabi,
ingin menjaga maruah aku dan keluarga,
ingin menjalakan kewajiban agama yang ku cintai.

Aku tak mahu,
ayah dan abangku menjadi mangsa bahan api neraka,
hanya kerana AURATku.

Ya Allah,
betapa peritnya hidup tanpa Mu Ya Allah,
betapa peritnya melupakan kebodohan dahulu,
betapa peritnya ingin menutup aib sendiri.

Namun keperitan itu,
mengajar aku erti ISLAM sebenar,
mengajar aku menjadi wanita muslimah,
mengajar aku menjadi wanita hiasan dunia,
mengajar aku menjadi bidadari di syurga

Wahai wanita akhir zaman,
cukuplah menjadi pujaan lelaki,
sedangkan akhirnya dimiliki oleh sang SUAMI.

Wahai wanita hiasan dunia,
tidakkah kau sedar dirimu sungguh berharga?
dipandang ajnabi kau terlihat indah,
jagalah auratmu agar terpelihara,
mencerminkan dirimu wanita muslimah.

Wahai wanita bidadari syurga,
tidakkah kau tahu maruahmu itu cermin agama?
janganlah kau murah sehingga tergadai segala maruah,
nanti kau sendri yang merana tak sudah.

Pelihara maruahmu untuk diberi pada yang layak,
yang akan memimpinmu ke syurga Alllah.

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 | 7 |

Kisah Tentang Aku


Friday, February 24, 2017

Terburu-buru Mengejar Cinta Manusia

Terburu-buru Mngejar Cinta Manusia

Terburu-buru Mngejar Cinta Manusia
Assalamualaikum,

Allahamdulilah dengan izin Allah SWT masih mampu menikmati hari ini. Harap kamu semua sihat-sihat belaka. Today Unni nak share tentang apa terjadi jika Terburu-buru Mengejar Cinta Manusia. Khas buat yang belum bergelar isteri atau suami.

Golongan remaja pada hari ini yang kebanyakannya 'terburu-buru' dalam mengejar sebuah perhubungan cinta dengan manusia berlainan jantina merupakan golongan yang sangatlah RUGI.
Kerana apa dikatakan mereka itu rugi ? Kerana kita sendiri tahu bahawa sifat 'terburu-buru' itu datangnya daripada syaitan laknatullah. Maka sifat ini lah yang disukai syaitan.

Rasulullah SAW bersabda :

‎التَّأَنِّى مِنَ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ
Sikap perlahan-lahan(sabar) itu dari Allah, dan sikap tergesa-gesa itu dari syaitan.”

[HR Al-Baihaqi dari Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, Ash-Shahihah: 1795]
Terburu-buru Mngejar Cinta Manusia
Ruginya seseorang yang terburu-buru dalam percintaan adalah kerana dia hanya melihat seseorang yang ada di hadapannya ketika itu sedangkan dirinya pada ketika itu masih belum mencapai ilmu yang cukup untuk memahami tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. Masih jauh perjalanan hidup yang patut ditempuhinya.
Terburu-buru Mngejar Cinta Manusia
Sebab itu lah bila kita lihat kebiasaanya apabila seseorang itu bercinta di alam persekolahan, kemudian dia menyambung pengajiannya di menara gading lalu bertemu dengan orang baru & lantas jatuh cinta & berubah hati. Sungguh cinta yang dibina itu tersangatlah 'murah' nilainya.

Yang hairannya, mengapa kita boleh mecintai Allah tanpa melihat fizikalnya sedangkan apabila kita hendak mencintai manusia, pastinya kita ingin melihat dirinya sentiasa berada di sisi kita ?."
Terburu-buru Mngejar Cinta Manusia
Nurkilan ini Khas buat sahabat-sahabat, janganlah kita menjadi manusia yang rugi dengan sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita. Apa yang kita sayang itu juga milik Allah, satu saat dia pergi jua walaupun dengan keadaan yang menyakitkan. Maka pujuk hati, berSABAR lah.

Tepuk dada tanya Iman.

Moga bermanfaat.


Coretan Hati

Update Story Bergambar dengan Aplikasi Whatsapp

Update Story Bergambar dengan Aplikasi Whatsapp


Assalamualaikum, 

Allahmdulilah dengan izin Allah bertemu lagi dengan Jumaat Barakallah. Pagi jumaat yang indah. Keindahan yang sementara.

Pagi ini cek hp pelik je tegok whataspp lain sangat rupanya!!! Belek punya belek, alahai da update rupanya.. da boleh buat story bergambar macam Facebook dan Instagram. Kalau Facebook update minggu lalu, minggu ni whatsapp je.

Update Story Bergambar dengan Aplikasi Whatsapp

Sebelum ni update Video call lepas ni tak tahu la. Saje testing history.. Hihihihi.. Yang sedih Handphone padat sangat memori, semua aplication duk update!! Buat kamu, kamu dan kamu yang masih tak jadi macam ni sila la ke playstore Update Whatsapp, sebab handphone Unni auto update..

Manfaat kan teknologi hari ini kearah yang bermanfaat, jangan salah guna tau!! Ketika Teknologi semakin canggih, maka lebih canggihkan IMAN kita agar tak ketinggalan dengan teknologi.

Sekian
Coretan Hati

Thursday, February 23, 2017

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

 http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-happy-birthday-aireen-by.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER



Wednesday, February 22, 2017

Bulatan gembira di Taman Raudhah

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Assalamualaikum,
Hai kamu semua, Unni harap semua dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Allahamdulilah sekarang telah di beri kelapangan untuk Unni kembali bergiat dalam menulis blog. Namun masih x berkesempatan nak BW beberapa blog.

Bulatan gembira di Taman Raudhah adalah penyebab utama Unni tak aktif dalam berblog. Hihihihi..

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah

Mesti ramai da tahu kan apa yang dimaksudkan dengan bulatan gembira Di Taman Raudhah??

Bulatan Gembira merujuk kepada kita berkumpul dalam satu kelelompok dengan orang-orang yang membuat kita rasa gembira, bahagia dan sewaktu dengannya.

Taman Raudhah merujuk kepada Taman-taman syurga yang membawa maksud majlis-majlis ilmu agama.

Dengan erti kata mudah USRAH

Allahmdulilah Bandar yang Unni diami Bandar Tawau penuh dengan Taman Raudhah setiap minggu dengan pelbagai anjuran. Salah satu nikmat yang Allah beri

Naqibah Unni pernah berkata :

'' Sesungguhnya hanya orang-orang terpilih oleh Allah sahaja dapat menhadirkan diri dalam majlis ilmu, maka jadikan la diri sebagai orang yang terpilih ''.

Perkongsian sedikit Taman-taman Raudhah kat Bandar Tawau

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Futsall Batu 2 Jalan Apas Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Koptiam Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Highway Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Taman Awam Muhibah Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Perbandaran Tawau ( Masjid Hijau )
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Tanjung Batu Payung Tawau
Majlis Ilmu bukan sahaja boleh dilakukan dalam masjid tapi dimana-mana yang penting senang di datangi oleh sesiapa pun.

Dalam majlis ilmu 1001 Ilmu yang kita perolehi. Bukan Sekadar ilmu akhirat tetapi ilmu dunia yang bakal membantu kita di hari akhirat kelak.. In Shaa Allah dengan Izin Allah..

Dari Jabir Abd RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

'' Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat dan berlindunglah kepada Nya dari ilmu yang tidak bermanfaat  '' - HR Ibnu Majah 

Ilmu itu di datangi bukan mendatangi😍

Bagaimana nak mendatangi ilmu?? Cari la sahabat yang selalu mencari ilmu. Unni tertarik dengan cerita ni.

Seseorang bertanya : '' Kepada siapa kami ingin bergaul, wahai syeikh ?''

Sufyan Ats Sauri menjawab

'' Dengan orang-orang yang sentiasa mengigatkanmu untuk berzikir kepada Allah, dengan orang-orang yang membantumy gemar beramal untuk akhirat dan dengan orang-orang yang akan menambah ilmumu ketika kamu berbicara kepadanya ''.

Wallahualam

Moga bermanfaat.
Coretan Hati

Tuesday, February 21, 2017

Birthday Giveaway Nur Imani

http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/02/birthday-giveaway-nur-imani.html
Klik Banner Tuk Join

Birthday Giveaway Nur Imani
Assalamualaikum,

Rasanya memang ini adalah GA pertama Unni join buat bulan ni, fuhhh lama sangat x join GA.. sibuk dan modem wifi mengalami masalah teknikal!! So berhuhuhuhu je la. Semalam tengok status Kak Sha kat Ig. Woww menarik.

Birthday Giveaway Nur Imani by Kak Sha sempena biryhday girl anak  Kak Sha yang kedua pada 03 Mac 2017 akan datang!! Allamdulilah Allah masih memberi rezeki kehidupan buat kita semua. So jum join GA Kak Sha ..Just Klik Banner tau !!!

Hadiah Comel Loteh Tau !!!!
Birthday Giveaway Nur Imani
Creative Cutlery Set
Spesial buat Adik Imani yang comel lagi loteh 😍😍

Sannah Helwah. Sakinah Muwaddah Barakah Warahmah. Moga sentiasa dalam jagaan Allah, menjadi anak yang soleha, di permudahkan urusan dunia akhirat. The most Important moga sentiasa di murahkan rezeki ( kesihatan, umur yang panjang, ilmu, kejayaan, rezeki yang halal ). In Sha Allah dengan Izin Allah.. Amin Ya Rabbal..

Saat wajah tak mampu bersemuka
Saat tangan tak mampu berjabat
Saat mulut tak mampu memberi ucapan
Saat jarak menjadi penghalang
Namun sebuah Doa mampu menyampaikan segalanya


'' Allahummaj'alhu Shohiihan kaamilan, wa'aqilan haadziqon, wa'aaliman 'amilan ''
Ya Allah, Jadikanlah ia anak yang sehat sempurna berakal cerdas dan berilmu lagi beramal


Coretan Hati

Rawat Ekzema Dan Proriasis Bayi Dengan Bedak Asmak


Assalamualaikum,
Allamdulilah hari ini di beri peluang untuk memperkenalkan kepada semua tentang sebuah Bedak PELBAGAI GUNA iaitu yang mampu merawat ekzema dan psoriasis iaitu Bedak Asmak. Bedak Asmak telah dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ( MHAM ).
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut akan keistimewaan dan keajaiban bedak Asmak, mari kita kenali terlebih dahulu apa itu Ekzema dan Psoriasis.
Apa yang kita tahu tentang Ekzema dan Psoriasis?? Mari kita kenali penyakit ini secara ringkas

Apa itu Ekzema dan Psoriasis??

Ekzema ialah sejenis PENYAKIT KULIT yang menyebabkan radang, gatal, kering, megelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini dihidapi semua lapisan umur tetapi lebih cenderung kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun ( bayi ).
Penyakit ini adalah di sebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan genetik ( diwarisi oleh ibu bapa ). Ekzema lazimnya akan terkena pada bahagian tangan, muka, leher sekiu dan belakang lutut.
Penyakit Ekzema pada Baby
Proriasis pula sejenis PENYAKIT AUTOIMUN juga bekaitan kulit yang menyebabkan kulit kelihatan bersisik dengan lapisan penebalan yang berwarna kemerahan, gatal dan pedih. Namun bila sisik tertanggal akan menyebakan bintik dan pendarahan pada kulit bawahnya.
Penyakit Proriasis sering timbul pada bahagia kuku, kulit kepala, siku, telapak tangan dan kaki. Namun pada tahap kronik penyakit ini mampu meyerang seluruh tubuh ( eritroderma ) yang boleh menyebabkab kematian.
Penyakit Psoriasis
Namun penyakit Ekzema ini lebih cenderung kepada bayi dan pastinya sebab Ibu Bapa pastinya inginkan terbaik untuk anak-anak. Kini sebuah Produk keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ( MHAM ) memperkenalkan produk yang mampu merawat Ekzema dan Psoriasi dengan harga mampu milik iaitu Bedak Asmak

Merawat Ekzema dan Psoriasisi dengan Bedak Asmak

Kenapa menggunakan Bedak Asmak??

Diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi.
Selamat digunakan untuk semua peringkat umur.
Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman-berzaman lagi menepati saranan Rasulullah SAW berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.
Alternatif Rawatan Ekzema & Psoriasis | Bedak Asmak - Tanah Liat Putih Berkualiti Tinggi
Kegunaan Bedak Asmak??

Bedak Asmak | Bedak Pelbagai Guna
Bedak Asmak juga dikenali sebagai bedak pelbagai guna kerana bukan saja merawat Ekzema Dan Psoriasi tetapi turut merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kulit.

          ➤ Ruam pada bayi
          ➤ Kudis buta
          ➤ Kurap
          Panau
          ➤ Kayap
          ➤ Gatal
         Luka
          ➤ Cacar
          ➤ Demam Campak

Selain merawat masalah kulit di atas,ia juga mampu mengecutkan jerawat,mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu.Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur ( jadikan masker ).

Turut boleh  dimakan untuk digunakan untuk masalah Cirit-birit dan gout.

Cara Mengunakan Bedak Asmak??

1. Sapu pada bahagian masalah sahaja.
2. Sapuakn pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
3. Lepas beberapa jam, sekiranya kelihatan pudar dan diserap peluh, cuci bersuh dengan air, lapkan dan keringkan kemudian sapu lagi.
4. Sekiranya bedak kelihatan kering, tambahkan sedikit air tang bertapis atau air zam-zam. ( Pastikan tidak terkena air klorin )

Apa keistimewaan Bedak Asmak ??

➤ Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA,jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan.
Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit,mengelakkan kedutan,menghilangkan jerawat,melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.
Teksturnya lebih halus,mudah serap,dan sejuk bila dipakai.
Mengamalkan As-Sunnah Rasulullah
Selamat dan suci.
Lihat Testimoni Pengguna Bedak Asmak
Testimoni Pengguna Bedak Asmak
Hebatkan?? MHAM juga telah mengelurkan Produk premium pada harga TERENDAH! dengan harga mampu milik dan boleh di miliki oleh semua golongan masyrakat, cuma mahu atau tidak.

Beratnya 150g+-
Harga cuma RM38

Dapatkan segera jangan Sampai Bedak Asmak Menghantui ANDA !!!

VIDEO : Hantu Bedak Asmak

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ
019 - 970 8897

Website rasmi syarikat 

Instagram 


Fb Page Produk 

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma
Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema
Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page


Antara Produk lain Keluaran  MHAH
By Hand

Monday, February 20, 2017

Mohon Bantuan, Saya Nak Jelajah Penang



Assalamualaikum,

Allahamdulilah hari ni diberi peluang dating bersama Blog.. Benda wajib Unni  akan buat adalah singgah kat blog kamu semua, maklumlah 2017 ni memang hidup dalam kesibukan dunia In Sha Allah akan menuju ke Akhirat..

Sebenarnya Unni nak minta bantuan, buat para blogger yang tahu tentang Penang?? In Sha Allah awal bulan nanti unni dan sorang sahabat nak jelajah ke Pulau Mutiara itu. Pada mulanya kami bertiga, tapi last minute setelah Flight, kereta sewa dan hotel da tempah seorang kawan tarik diri!! da la dia je ada lesen kereta!!Hahahahaha

Namun di tabah kan hati, so kami berdua tetap nk teruskan. Lagipun semua da bayar just kereta sewa kena cancle la.. So Unni nak mohon bantuan tentang Peta perjalanan yang memudahkan kami naik bas or uber or teksi..


Tarikh : 2-5 Mac 2017

Day 1 ( 2 Mac ) : bermalam kat Bukit Feringgi
Day 2 - 3 ( 3-5 Mac ) : Georgtown

Ada Sapa-sapa tak blh tolong bagitahu kat mana kami nak mula?? sebab senarai tempat-tempat Unni da list, x sure la sempat ke x then kalau ada tempat Unni x list lagi bagitahu yer.. Hahahahahah

Tempat-tempat yang ingin di lawati

1.  Muzium Mainan 
2. Bukit Bendera
3. wonderfood museum
4. Street Art Penang
5. Majid Kapitan Keling
6. Dharmikarama Burmese Temple
7. Taman Botani Penang
8. Taman Rempah Tropika
9. Kilang Batik Penang
10. Rumah P.Ramlee
11. Muzium Pinang Peranakan
12. Muzium Perang
13. Muzium Kamera
14. Penang Time Tunnel
15.Rumah Agam Cheong Fatt Tze
16. Fort Cornwallis
17. Tman Rama-rama
18. Saanen Dairy Goart Farm
19. Made In penang Interactive Museum
20.Amxing World Studio
21. 3D trick Art Museum
22. Adventure Zone
23.Lebuh Queen
24. Tropical Fruit Farm

Tak sure la kalau ada tempat yang lagi menarik Unni ter miss.Carian Unni kat Google x berapa nk membantu 😭😭 Sapa-sapa blh tolong meh la Komen atau.. 

Whatapps : 010-2126533
Facebook : Fitri Al-Fayydha

Thank Alls..
Coretan Hati