Friday, January 26, 2018

Bukit Panchang Di Tutup, Denda 50 Ribu Kepada Penceroboh

Bukit Panchang Di Tutup, Denda 50 Ribu Kepada Penceroboh | Tawau - Susulan daripada yang di war-war kan baru-baru ini bahawa Bukit Panchang dan bukit-bukit berhampiran akan di tutup untuk di jadikan Hutan simpan, kini segalanya terjawab apabila Pihak Perhutanan Sabah telah mengeluarkan notis amaraan kepada orang awam yang masuk ke kawasan Bukit Panchang tanpa kebenaran begitu juga dengan kawasan bukit yang berhampiran.

Notis ini telah siap di pasang sepenuhnya di kawasan sekitar kawasan Bukit Panchang pada 24 Januari 2018. Notis ini telah di keluarkan oleh Pihak Jabatan Perhutanan Sabah. Kawasan ini Telah di jadikan kawasan Hutan Simpan Tinagat Kelas 1 iaitu kawasan hutan yang di lindungi.

Bukit Panchang Di Tutup, Denda 50 Ribu Kepada Penceroboh

Notis ini juga memaklumkan bahawa mana-mana orang awam yang menceroboh tanpa kebenaran akan di denda di bawah seksen 20(c)(i) denda 50 ribu, atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dengan kehadiran notis ini maka secara rasminya bukit ini telah sepenuhnya di ambil alih oleh pihak perhutanan dan tidak lagi boleh di jadikan sebagai tempat untuk pendakian para hikers. Walaupun ramai yang melontarkan rasa tidak berpuas hati namun mereka akur demi keselamatan dan keselesaan bersama. Namun hal demikian belum lagi di umum di mana-mana media mahupun Akbar harian.

Pihak yang ingin mendaki kawasan ini juga di nasihati untuk tidak naik sesuka hati dan perlu lah berurusan dengan pihak perhutanan terlebih dahulu.

Sekian

1 comment:

  1. assalamualaikum..done follow..do follow me back.. misseffah-ara.blogspot.my

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^