Wednesday, January 31, 2018

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah | Penutupan tahun 2017, Unni melaburkan tirai menawan satu lagi Gunung selepas pendakian Gunung kedua tertinggi di Malaysia ( Gunung Trusmadi ) iaitu Gunung Silam yang terletak di Silam Lahad Datu Sabah. Gunung Silam merupakan sebuah Gunung yang terletak di kawasan perkampungan lama di Silam Sabah. Mendaki Gunung ni tak perlukan masa yang panjang hanya sehari sahaja

2 Disember 2017, unni bersama 3 orang lain dari Tawau dan geng-geng Hikers Lahad Datu memulakan misi Puncak Gunung Silam seawal jam 8 pagi. Kami geng Tawau bertolak Tawau- Lahad Datu seawal jam 5.30 pagi yang mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Perjalanan kami di mulakan dengan bacaan doa yang di ketuai oleh salah seorang hikers Lahad Datu abg Man Tera.

Gunung Silam, Lahad Datu Sabah


Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Gunung Silam terletak di Silam Lahad Datu 26.7 km dari Bandar utama Lahad Datu lebih kurang 45 minit perjalanan dan 144 km dari Bandar Utama Tawau. Gunung ini mempunyai ketinggian 883 mpdl dan 12.2km perjalanan.

Gunung Silam merupakan gunung ketiga tertinggi di Lahad Datu. Terdapat banyak tumbuhan dan haiwan yang unik dan menarik di sini di hutan hujan tropika. Hutan Simpan Sapagaya seluas 698 ekar terletak di kaki gunung ini dan menjadi tempat perlindungan bagi tumbudan dan haiwan tempatan yang unik di Sabah. Gunung ini dikelaskan sebagai Gunung Persisiran Ultramafik. Secara umumnya, tanah pada persekitaran ultramafik bewarna perang kemerahan dan terbentuk hasil batu asas.

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Gunung ini juga terletak di Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven di mana Starting point utama Gunung Silam terletak di Puncak menara kayangan. Di mana, kamu mempunyai dua pilihan untuk naik ke atas samaada berjalan kami 9.7km atau menaiki kenderaan.

Boleh baca info mengenai menara kayangan kat SINI. Bayaran hanya RM5 jika kamu naik mengunakan kenderaan dan RM3 jika kamu berjalan kaki.


Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Sebagai hikers kami memilih untuk berjalan kaki sepanjang 9.7km. Ini merupakan laluan utama untuk naik ke atas sama menaiki kenderaan ataupun berjalan kaki. Laluan hutan juga ada namun di tutup sementara waktu atas faktor-faktor keselamatan ( info dari penjaga get ). Allhamdulilah perjalanan kami di temani kabus tebal, hari yang paling indah bila kau hiking tanpa panas matahari, rasa penat pun kurang. 9.7km bukan lah jarak yang dekat naik kenderaan pun mengambil lebih kurang 15 minit untuk sampai ke atas. Di nasihati jika kamu menaiki kenderaan ke sini, perlahan kereta kerana faktor jalan yang kurang baik dan selekoh yang tajam. Kehadiran para runner, hikers, berbasikal sentiasa ada terutama di hujung minggu.

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Dalam perjalanan 5km kamu akan jumpa lorong kubu tentara jepun 1.2 km untuk masuk kedalam di terdapat barang peninggalan tentera jepun dan trail syurga haiwan 1.2km. Namun untuk masuk kesini perlukan kebenaran dari pihak pengurusan dan perlukan guide.Kawasan hutan ini merupakan kawasan untuk yang mempunyai berbagai binatang liar. Untuk pastikan kamu kembali dengan selamat maka ikuti la peraturan hutan.

Hutan-hutan Lahad Datu memang agak terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sangat terpelihara tanpa pencerobohan dan pencemaran hutan. Selepas itu dalam perjalanan 6km, kamu akan menemui satu loroong itu trail ke Kubang Badak 350m, trail ke Mata Sila 500m dan trai ke Air Terjun Lompa-lompat 3.2km. Namun kawasan ini turut di tutup sementara waktu kerana faktor keselamatan orang awam.


Pondok rehat sepanjang 9.7km turut di sediakan dan view dari pondok sini memang sangat-sangat cantik. Tak meyesal berjalan kaki. Walaupun penat tapi berbaloi. Btw tak ada istilah penat bagi seorang hikers. Hahahahahaha, itu bukan riak tapi semangat, semakin kau tak mampu melangkah semakin kau perlu melangkah demi sebuah puncak. Kejayaan buat diri sendiri bukan puncak semata-matta.

Ini merupakan pondok terakhir dalam 8km.

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Menghampiri jam 11 kami tiba di Menara Kayangan 9.7km perjalanan. Seterusnya kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar di sini menikmati the Panas yang sangat nyaman. Jangan risau kat atas ni ada restoren nak makan pun boleh. Semua ada maklum lah Gunung Sekarang da moden. Hahahahahahahaha

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Ini merupakan starting point untuk ke Gunung Silam melalui menara Kayangan. Ingat tak kisah Unni craving sangat nak tawan Gunung Silam dalam entri Menara Kayangan. Allahamdulilah hajat Unni tertunai. Gambar kat atas ni gambar lama hihihihi, cuma time naik sini sign borad ni kena buka sementara kena kawasan ni tengah melakukan pembaikpulihan laluan.

Terdapat dua laluan untuk mendaki, yang lebih mudah adalah denai Kalung-Kalungan  2.5km jalan melalui hutan  dan yang lebih pendek denai Kayangan 1.5km melalui trail bersimen ( sudah siap 80%). Bagaimanapun pendaki boleh menggunakan laluan yang berlainan untuk mendaki dan menuruni gunung ini.

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

So sudah semestinya kami memilih untuk melalui trail Kalung-kalung sejauh 2.5km. Sangat-sangat tidak megecewakan lalu trail ni, hati seperti berasa di Gunung Trusmadi. Laluan Gunung yang di temani lumut-lumut pokok yang sangat menajukkan lagi-lagi kehadiran embun selepas hujan. Subhanallah sungguh indah. Sepanjang perjalanan kami di temani dengan lumut-lumut hijau yang sangat menajukkan, nak pijak pun talk sampai hati.

Trail Kalung-kalung merupakan trail yang sangat jarang di lalui dan trail pun agak kurang nyata dan perlukan seorang guide yang tahu jalan. Kalau tak memang sesat juga la. Kami menghabiskan lebih kurang sejam lebih dalam hutan ini hanya untuk mengambil gambar.. Gambar itu kenangan ok.

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Kami melalui lumut-lumut pokok di sepanjang perjalanan. Dan pokok-poko yang sangat besar. Hutan Simpan memang sangat indah. Terdapat 374 spesies pokok pada empat jenis hutan pada ketinggian berbeza di gunung Silam ini, dengan setiap satunya memiliki ciri-ciri unik tersendiri:

200M – 300M: Hutan ultramafik Tanah Rendah
330M – 540M: Hutan ultramafik Tanah Tinggi
540M – 770M: Hutan ultramafik montane rendah
770M+: Hutan ultramafik montane tingi (Hutan Berlumut)
Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Jam 12 lebih kami pun Berjaya menawan Gunung Silam. Maka berkibar la banner ''Muslimah Hikers sekali lagi di Puncak Gunung'' Nampak mudah tapi bergegar juga lutut ni. Baru menghabiskan perjalanan sepanjang 12.2km baru kat sini yang turun lagi. hahahahahaha. Tapi itu la nikmat dan kejayaan seorang hikers, biar pun penat janji sampai puncak. Dijamin sampai jak puncak penat tu semua hilang. Lapar pun hilang sekali.. itu POWER OF PEAK.

Kami mengabiskan lebih kurang sejam lebih di sini. Kat peak ni sebenar nya tak apa yang istimewa mahupun view yang cantik sebab sekeliling di temani hutan tebal yang terpelihara. Hanya jumpa signboard ni jak la. View canti hanya di dapati sepanjang perjalanan naik ke sini. Dari starting point sampai la peak memang view tidak mengecewakan.

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Bila kata sepakat berlaku, kami semua memilih trail lebih pendek denai Kayangan sepanjang 1.5km ke Menara Kayangan iaitu trail bersimen. Merasai kedua-dua trail kan best. Trail ni memang agak pendek dan sangat santai perjalanan. Tapi lantai simen agak licin di sebabkan kehadiran lumut. Make sure pakai kasut yang bersesuai.

Tapi bagi unni trail ini sangat-sangat tidak menyeronokkan dan hampar. kalau untuk perjalanan santtai saja-saja dan untuk mereka yang tidak berjiwa hikers, unni suggest guna la trail ni dan sebaliknya pulak bagi mereka yang cinta keindahan semula jadi. Semasa Unni kesini trail bersimen ini sedang dalam proses pembikinan lagi dan hamper 100% siap di bina.

Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah

Kami meneruskan perjalanan pula ke starting Point. Memandangkan semua kepenatan dan kami mengejar masa sebab selepas ni kami nak meneruskan perjalanan ke Silam Coast Conservation Area ( SCCA ) so kami pun memilih jalan singkat. Haahahahahah iaitu menumpang kenderaan orang untuk turun ke bawah. Tebalkan muka je la mana-mana insan yang sudi angkut kami semua. Allhamdulilah kami di temukan dengan seorang pakcik ( kereta Hilux ) boleh la sumabt kami sekali  gus semuanya.

lebih kurang jam 3 petang kami tiba di sini semula. Gambar kenangan wajib bersama. Untuk datang ke sini sangat mudah, Menara Kayangan ini terletak betul-betul di siring ( tepi ) jalan Tawau- Lahad -Tawau. Sign Board pun ada. So kamu memang di jamin tak kan sesat. Nak pi puncak pun mudah sahaja if tak tahu jalan guna la trail kalung-kalung sebab trail sangat nyata hanya perlu follow jalan bersimen then sampai. Mudah jak siapa-siapa pun boleh sampai tak perlukan tenaga sangat. Santai tapi memuaskan.

Nantikan entry pasal Silam Coast Conservation Area ( SCCA ) pula yer..
Pengalaman Mendaki Gunung Silam, Lahad Datu Sabah


4 comments:

  1. wahhh unni. best nya menutup tahun 2017 dengan satu lagi gunung

    ReplyDelete
  2. last hiking time stdy dulu. ya Allah rindunye

    ReplyDelete
  3. Memang kental seorang Unni ni. Tabik!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. selamat akhirnya sampai ke puncak.. teringin sangat nak hiking tapi xder ruang & peluang lg.. insyaAllah, bila ada kesempatan nak juga AM merasa thrill hiking nie.. terima kasih atas perkongsian yg detail!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^